PRIVACY & SECURITY

DASAR PRIVASI & KESELAMATAN

Maklumat peribadi, maklumat sensitif dan mengumpul data atau maklumat peribadi

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi setiap laman yang dilayari.

Cookies yang dijana oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak disimpan secara kekal dan disimpan di dalam cakera keras komputer atau peranti anda. Cookies boleh dihapuskan menggunakan aturan dalam pelayar web anda.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.