ABOUT US

TENTANG KAMI

Kotapadu merupakan sebuah syarikat milik Bumiputera yang telah berkecimpung dalam bidang sivil dan pembinaan sejak lebih sedekad yang lalu. Pengalaman dan teknologi yang diperolehi membolehkan kami menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat anda!

PENGENALAN

KotapaduTM pada asalnya adalah syarikat yang di daftarkan dengan nama Taraf Padu Sdn. Bhd. (658109-M) yang telah beroperasi sejak 1 Julai 2004 sebelum ditukar kepada Konsortium Taraf Padu Sdn. Bhd. (988854-X) pada 30 April 2012. Nama “KOTAPADU” adalah singkatan daripada perkataan Konsortium Taraf Padu dan merupakan sebuah tanda dagang yang didaftarkan dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Kotapadu telah memulakan perniagaan awal dengan menceburi bidang pembekalan dan sehingga kini telah mengembangkan operasi syarikatnya dalam bidang pembinaan yang melibatkan bangunan, jalanraya dan bidang infra perladangan.

Kotapadu merupakan syarikat berdaftar di Sabah dan dimiliki penuh oleh anak jati Sabah yang berstatus Bumiputera.

Perniagaan KOTAPADU

Kotapadu telah memulakan perniagaan awal dengan menceburi bidang pembekalan dan sehingga kini telah mengembangkan operasi syarikatnya dalam bidang pembinaan yang melibatkan bangunan, jalanraya dan bidang infra perladangan.

Buat masa ini, 2 produk aktif yang sedang dilaksanakan oleh Kotapadu adalah projek Mahligai Impian (MI) dan Mahligai Impian Village (MIV). MI adalah sebuah projek pembinaan rumah di atas tanah sendiri dengan memilih salah satu pelan MI yang telah disediakan oleh Kotapadu. Manakala MIV pula adalah sebuah projek pemilikan tanah dan pembinaan rumah MI di Tuaran.

Kumpulan perniagaan yang dilakukan oleh Kotapadu :

  • Kerjuruteraan sivil

  • Pembinaan bangunan dan jalanraya

  • Lesen kontraktor :
    • PKK kelas A, B, C, D, E & F
    • PUKONSA kelas A, B, C, D, E & F
    • PUKONSA Pembekalan
    • PMS Perkhidmatan & Bekalan

Lembaga Pengarah

  • KETUA PENGARAH EKSEKUTIF (CEO) :
    • ISKANDAR ZULKARNIAN YUNUS
  • PENGARAH :
    • ISKANDAR ZULKARNIAN YUNUS
    • IRWAN SHAH JUPRI

Temui Agen Kami

Atur temujanji anda bersama agen kami. Kita bincang bersama untuk melihat pelan rumah siap-sedia MI yang sesuai dengan kehendak dan budget anda. Kasi jadi!